About Me

My photo
Malaysia
Don't judge me until you know me. Don't underestimate me until you challenge me. And don't talk about me until you talk to me ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 5, 2010

LAWAN KENING..

Masa dekat PD, aku dengan adik aku telah membuat sesuatu yang amat bodoh. Dek kerana malam hari yang bosan..pukul 2 pagi, selepas menyaksikan iklan di bawah ini, kami pun berniat untuk merakamkan aksi kami pula..
hahaha saksikanlah

maaf, video terpaksa dipadam kerana memaparkan aksi yang tidak patut ditonton umum
-HARAP MAKLUM-


PALM SPRING, PD


HALLO!




Pada hari jumaat yang lalu, 26 November 2010 ( xsilap aku), ayah aku telah mengajak kami sekeluarga ke PD. Sememangnya aku dah amat bosan dengan PD. Seriously! Dah lah pantai kotor gila. Last aku mandi air laut PD tu masa aku umur dalam 13 14 tahun. Percaya tak? Yela kotor kot, dah lah keruh ada sisa petroleum, ada pampers, berbau. Euw! :P







Opsi terpesong lagi. Huhu aku nak bagi tahu di sini bahawa ayah aku sebagai ketua yang amat dedikasi telah menyediakan satu kertas kerja bla3 bla bla dan akhirnya jadilah "HARI KELUARGA" di PALM SPRING PD (berhadapan dengan TIARA BEACH RESORT). 
inilah dia...tadaaa

Hari jumaat delepas sembahyang jumaat terus bertolak ke sana. Perjalanan hanya mengambil masa sejam sahaja berikutan PD amatlah dekat sebenarnya + guna highways PD. Sampai je PD aku perhatikan something yang amat luar biasa, PD tak ramai orang. Hahaha nak gelak pun ada sebenarnya. Huhuh.
jgn gelak jgn gelak


kepanasan PD


boleh buat cerita hantu view dia :P

Sampai ke Hotel terus check in disamping ayah aku menguruskan bilik bagi peserta hari keluarga esoknya. Kiranya family aku saja-saja ambil 1 malam extra. Then, kitorang pun pergi makan ikan bakar semua. Kedai yang kami pergi itu amat tak sedap. Serious. -_-.

gambar berikutnya adalah suasana ketika kami di PD




 bilik mama dan ayah 

perlu ke?

bilik aku dan adik


 xyren & sharmine 

Aktiviti untuk hari keluarga bermula pada sabtu tengahari;

  1. Dimulakan dengan sukaneka. Hahah kesian adik aku asyik kena kacau je dengan kawan ayah aku. J
  2. Ayah group 1, aku group 2, sharmine group 3 dan mama group 4.
  3. Group ayah setiap kali game mesti no.1
  4. Group aku pula setiap game LAST. Haish
  5. Dekat PD aku jadi tukang bawa kereta. Tapi parking fail!(kesian parez aku asyik kena keluar untuk betulkan kereta)
  6. Tapi perasaan takot membawa kereta di KL masih ada. (x suka moto dan kereta yang macam nak langgar aku.. L
  7. Ada GO KART dan amat cool K. Hanya RM30 sahaja.
  8. Ayah main paintball (semangat)








    acara suami isteri

    baling belon air :) 

    cabutan bertuah!

    gemuk aku wei!

    THE END
    Hari ahad akhirnya berakhir FAMILY DAY ini. tengah makan tengah hari disamping menunggu ibu & ayah Joe serta Shahi tiba. Afiq x ada cuz dia dah masuk UNISEL dah. Dan kami 2 keluarga bercadang untuk melepak + melencong ke Melaka.
    HOORAY!

Saturday, December 4, 2010

Saat Terakhir

Tengah sibuk mengonline, tetiba laptop aku terpasang lagu ini. Wow, itz been a while aku x dengar lagu ini. lagu ini amat menyayat hati aku okie. Sejujurnya aku lebih suka dengar lagu dari Indonesia kerana kalau korang perhatikan lagu dia sedap, lirik dia amat menusuk kalbu, well thumbs up aku berikan kepada mereka. :) 

Korang trylah drngar lagu ini. Bezkan? Lagu ini sedap kalau lelaki yang bawa. Hm, bilalah prince charming aku nak nyanyi untuk aku? (berangan sekejap huhhu)



Friday, December 3, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah Promo - 9 December 2010

baiklah aku juz nak cakap marilah kita beramai-ramai tengok cerita ni.. 
mesti cool kan? sebab zombi kg. pisang pun sampai sekarang aku tengok masih boleh pecah perut..
hahahha

Thursday, December 2, 2010

PRODUK 2


Untuk produk 2, aku akan bercerita mengenai APA YANG DIPERLUKAN OLEH MATA?
Jawapannya ialah, eye shadow, mascara, pengetip or pelentik bulu mata (tak tahu namapnya :P) dan yang paling penting eye linear!.

pakai mascara sahaja pun sebenarnya akan mencantikan diri ini..(ayat apa ntah aku ni)
mascara avon biasanya tidak akan melebihi RM35. (murah2)
kalau bulu mata pendek, gunalah bulu mata palsu :)



liquid eye linear avon hanya RM12.90
yeza, ini hanya RM9.90
Eyeliners not only define the eyes but also make them look more attractive.



make up tebal menghodohkan muka!

TIP MATA MEMUKAU
Sapukan seluruh kelopak mata dengan pembayang mata neutral.

  1. Sapukan warna coklat pada bahagian bawah tulang kening bagi menyerlahkan bentuk kelopak mata.
  2. Lukis garisan sederhana tebal pada bahagian atas kelopak mata menggunakan pensil mata dari gerakan dari dalam membawa ke hujung mata. Pada bahagian hujung mata, lorek sedikit lekukan ke atas membentuk seperti segi tiga pada hujungnya.
  3. Kemaskan lorekan dan tambah garisan menggunakan warna yang sama pada bahagian bawah mata. Pastikan palitan pensil mata pada bahagian atas dan bawah bersambung di penghujungnya bagi memastikan ia kelihatan kemas.
  4. Akhiri dengan sapuan maskara jika ingin mata bundar anda kelihatan lebih galak.

Tip
Cuba lukis garisan pada mata berulang kali bagi memastikan anda benar-benar mahir mengawal pensil mata. Latihan yang dibuat juga membolehkan hasil lorekan mata kucing kelihatan kemas. Pilihan warna bergantung pada anda sama ada biru gelap, coklat atau hitam. Atau jika anda inginkan kesan tampak dramatik sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri, boleh gunakan pensil warna metalik yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna memukau.

ANDA BOLEH MENEMPAH / MEMBELI DARI SAYA: 
EYELINEAR PENSIL 1=RM8.90
                                         2=RM15.00

EYELINEAR GLIMMERSTICK 1=RM12.90
                                                            2=RM20.00

LIQUID EYELINEAR 1=RM12.90

MASCARA=DEPENDS KEPADA JENIS (LOWEST RM9.90)

EYE SHADOWDEPENDS KEPADA JENIS (LOWEST RM9.90)

Pengalaman aku= lebih prefer eye shadow AVON, eyelinear AVON dan BABYBLUe (watson RM14.90), mascara Avon dan SILKYGIRL.
mascara ada colour black, brown and blue
inilah eyelinear favourite aku :)

PRODUK 1




Yezza, seperti yang dijanjikan dekat entri sebelum ini, buat entri kali ini, aku akan mempromposikan produk AVON dan "produk lain yang aku pakai". Huhhu. Dari atas ke bawah, apa kata kita mula dengan rambut,,eh chop chop rambut punya entri aku dah buat. Apa produk yang aku guna untuk rambut aku dah buat. Jadi untuk kali ini aku akan menceritakan PRODUK RAMBUT AVON!

SYAMPOO
Seriously aku tak pernah guna syampoo AVON. Jadi aku tak tahu sebenarnya untuk cakap apa. Hm, zZZ yes! Dah ada idea. Baiklah, campaign 23 avon baru-baru ini ada melancarkan syampoo baru. Boleh dikatakan murah+bagus dan menarik perhatian aku juga. Iainya terdiri daripada black shine, energizing, hair fall, anti dandruff dengan moisturizing. Apa yang aku ingin katakan di sini ialah harganya amat murah RM7.90 sahaja 200ml. Oklah tuu J

inilah syampoo terbaru keluaran AVON> terbalik pula gambarnya..:P

  pengalaman aku mengatakan syampoo terbaik bagi diri ini ialah baby johnson's, dove dan herbal essences. (belum berani mencuba syampoo lain lagi :P)
So, kepada mereka-mereka yang berminat, boleh roger aku okie. Terjamin 100% selamat dan halal.
bye

Wednesday, December 1, 2010

AVON


OH CRAP! 
Mama suruh aku tidur awal hari ini. so, tak bolehlah aku tidur pukul 4 pagi. Ini semua disebabkan AVON. YES BETUL aku ulangi A-V-O-N. 

Esok, hari selasa aku akan menolong mama buat sale avon. Bertempat di Cyberjaya. (kawan-kawan janganlah jumpa aku di sana yek!). dan semestinya berbayar ok (kalau x memang aku x nak lah.:P)

Jadi aku kemudiannya terfikir, alang-alang aku ada blog, why not aku promote barangan mama dekat sini. Mungkin ada kawan-kawan yang berminat. Haaa cool punya idea aku. (nak ice blog L)

Jadi kawan-kawan, marilah menyokong aku dan mama aku menjual AVON. Avon barang dia amat murah ok. Sesuai untuk semua orang. Customer mama tergolong daripada datuk datin, orang yang kerja klcc, yang kerja bank, yang kerja dekat pam minyak, cleaner, eventhough bangla dekat pam minyak rumah aku ini pun beli Avon dari mama. (minyak wangi untuk isterinya >so sweet<) jadi jelas di sini setiap tempat yang aku pergi mesti ada kenalan mama. Huh amat bahaya! Haha
For my next entry, aku akan pamerkan produk-produk yang anda boleh pilih dan seterusnya beli.


BYE! (with J face)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...