About Me

My photo
Malaysia
Don't judge me until you know me. Don't underestimate me until you challenge me. And don't talk about me until you talk to me ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 22, 2011

KONVO PART 3


Shhhhhhhhhhhhhhhh, silent please..
Kali ini kita tengok pic je yup.. ini adalah sambungan dari 
Trimas kepada jurukamera= ayah, cra and adik dia, & mira J


 

Special thnx kepada

  1. Family
  2. Kawan-kawan UITM SEGAMAT
  3. Kawan-kawan UITM SERI ISKANDAR (tiba-tiba)
  4. Sedara-sedara yang menghulur RM$$ :P harus dinyatakan nama mereka, = ehem ehem ( mak tok (nenek), Pak Ngah Johor, Tok Chu Singapore, Ateh Rembau)

 

Dan tahniah kepada

  1. Mereka yang grade bagi siri konvokesyen yang ke 75 ini J
  2. Seluruh anak-anak UITM


sayang kawan aku sorang ni :'(








go sahol go sahol













-tamat entri ini dengan nyanyian lagu UITM-

Sunday, November 20, 2011

KONVO PART 2


Part 2 ini adalah sambungan dari part 1. Part 2 berlaku pada hari sabtu, 28 Oktober. Aku sesi petang. 12,30 kena masuk dah, so aku bertolak dari rumah dalam pukul 11.45 kot. Then, singgah ke rumah auntie aku kat Damansara then terus ke UITM. Sesi petang kena parking dekat Giant but who cares? Ceh wah.. bahahha..
Aku parking betul-betul dekat stadium. Dekat lah jugak. Ngeee :P
  • Best jumpa kawan-kawan masa diploma dulu, windu.
  • Kawan masa degree pun aku jumpa J
  • Masuk lambat, then kena tukar duduk belakang cuz duduk tak ikut no.
  • Nasib ada member dengan senior teman.. hehe
  • Walaupun budak ACC paling last sekali, ku tak bosan tengok budak lain naik pentas.
  • Nervous gak cuz takut terjatuh or topi tertanggal
  • Jealous tengok budak –budak "kelas pertama".
  • Jealous tengok budak-budak pakai selempang pink.. bahhaha
  • Walaupun bintang aku tak "penuh", tapi takpe la.. redha je.. :P
  • Bila dah habis ayah dengan mama tunggu aku then kata ada suprise.
  • Punyalah lama menunggu "suprisenya"
  • Then, nampak d whole family memba aku datang (macam rombongan dah)
  • Tengoklah pic dekat bawah , malas lah nak taip lagi :P










Pic dengan rakan-rakan seperjuangan J akan aku masukkan dekat entri seterusnya. J

-sekian terima kasih-

Saturday, November 19, 2011

KONVO PART 1


Depavali yang lalu, 26 Oktober yang lalu, bagi pelajar AC110 yang grade di Shah Alam dikehendaki ke sana untuk mengambil jubah J

So aku pun berjanji dengan Shairah and Atiq untuk pergi together-together. Ayah hantar aku ke LRT Sentul Timur cuz Shaira tunggu dekat situ. Nampak suprise yang Shaira nak bagi.. heheh.. Untunglah dah kerja.. bahahah :P

Then sampai UITM around 9.30, kitorang bajet kitorang awal, sekali hambik ko, kalah nak uji bakat AF (akademi fantasia). Mula-mula cuak lah jugak kalau dress code tak kena pak guard tahan (usually macam Segamat). Sekali hambik, Shah Alam tak kisah langsung. Even aku ada nampak budak pakai seluar 3 quarter, apatah lagi short sleeve.. bersepah-mepah. Nganganga

Then pergi lah cari sesiapa (member) yang beratur dekat dengan pintu (bajet nak cepat). Hahah then, setelkan sume ni, 12.30 baru selesai kot. Giler lama wei!!!
Tengoklah pic yang sempat ditangkap J thanx kepada kamera VEE
J kamera aku?? 5 6 keping je.. tehee..

After dah ambik pic, pergi Rasa Sayang ambik Melor then terus ke Sunway Pyramid. Lepak dengan Alin and Wany sekali.
















-sekian entri ini-

Wednesday, November 16, 2011

JOM KENALI RAGAM KAWAN :)



Firstly nak bagitahu bahawa post kali ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Post kali ini aku just random berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. So, sape rasa cili terasa kepedasannya.





Kawan kalau kita perhatikan ada macam-macam jenis ragam. Ada yang ok ada yang tak ok. Ada yang mula-mula ok, ada pula yang mula-mula tak ok, then dia yang ok.
Macam mana nak mulakan yek... urmmm
  1. Kawan yang ikhlas
    Kawan jenis ini senang and susah nak cari. Contohnya korang baru masuk U then tiba-tiba ada orang tegur and ajak korang masuk geng dia. Haaaa itulahh kawan secara ikhlas namanya. Sebab dia tak tahu pun perangai korang, latar belakang korang semua. Bak kata lain, dia selumber je ambik korang join group dia.. ok lah tu J


     
  2. Kawan memilih rupa
    Ada kawan macam ini, dia tengok budak tu hot sikit, rambut terbang-terbang, barang jenama bagai (even ntah-ntah bukan ori pun), pakai heels, mekap gler tebal.. bak kata budak laki= giler hot budak tuu..budak perak pula kata, =molek sungguh budak tuu :P then, baru lah nak ambik budak ni join group. Even dia macam tak de menyumbang apa-apa pun. Tapi korang sedar dengan adanya minah ni, group korang akan popular 1 UITM ntah-ntah popular seluruh UITM. Jadi saham group korang tanpa disedari mendadak naik ke tempat pertama.. fuh fuh


     
  3. Kawan memilih duit
    Haaaa ni yang paling aku pantang.. memula dia menyampah tengok orang ni.. sekali tengok fuyooo mini cooper... fuyoo apple,, fuyoo iphone,, fuyoo kredit card.. duit duit duit... terus ko terhengeh-hengeh kat dia.. even muka dia macam $#@3242 pun kalau dia byk $$$ kau butakan mata pekakan telinga je.. lagi-lagi lah kau tau fuyooo dia duduk rumah banglo, fuyoo dia anak datuk,, fuyoo tan sri bla3 tu sedara dia.. = amat tak ley blah wei orang macam ni..korana kena ingat, yang kaya tu parents dia, bkn dia pun..


     
  4. Kawan memilih IQ
    Kawan macam ni bagus. Yelah cuz kau kawan dengan dia sebab matlamat utamanya kau nak belajar. Oklah, aku terima. Tapi aku ada jumpa kawan ni,, dia mengunakan kawan yang beriQ tinggi ni untuk kepentingan dia. "owhh dia pandai subjek ni,, aku nak group dengan dia lah..""alamak subj ni dia tak berapa, aku nak group dengan budak lain lah".. korang nampak tak permainanya di situ.. huh... xley blah xley blah..korang kena ingat even dalam group korang ada member yang tak buat kerja, yang duduk senyap tapi dia tu sebenarnya boleh diharap. Mungkin cara dia menyumbang tu lain ke... huhuh. Ingat semua manusia sama je. Takde yang pandai takde yang bodoh. Jangan nak nilai member-member korang berdasarkan luaran jeee..


     
So, just nak cakap, berhati-hatilah memilih kawan. Huhu kalau aku, aku suka tengok kawan-kawan aku layan aku. Bila aku sakit ke, sedih ke, mereng ke. Aku suka tengok kawan aku jaga aku. Heheh even cara dia jaga ganaz, garang, menakutkan, lembut, baik aku terima sahaja. Dulu aku ada member, bila aku nangis dia pun nangis, kelakar kan.. sentimental betul.. bahahha. Mungkin sebab aku ini tak de abang, kakak jadi kalau dulu-dulu aku memang rapat and manja dengan senior aku.. huhu dengan junior mula-mula aku kekok jugak sebab maklumlah aku kena act sebagai kakak. Hahah tapi akhirnya masuk jugak dengan dorang. Macam aku ni adik dorang pulak kakak J
  • Terima kasih buat senior-senior aku yang menjaga aku, bergurau dengan aku, menyuap aku, melayan aku,= kenangan dengan kak ayu, kak epy, kak sue, kak az, kak ima, kak zaza, kak mima, kak ekin, kak achu, kak efa, akan sentiasa diri ini kenang J


  • Terima kasih juga buat junior-junior yang menjaga aku, ceh wah hahah fogy, mira, ayu, bainun, fatin sandy, fatin rosman, atiq, leya, kina, ika, akan sentiasa diri ini kenang jugak J


  • Terima kasih kepada kolej zamrud, melor, cra, atiq, alin, vee, anis, mira, nadei, balqis, bany, syida, nad, daya, ain, aku akan sentiasa windukan korang J


  • Terima kasih buat budak-budak AC110 UITM SEGAMAT, nak tulis nama tak pulak ramai kan.. hahah aku akan sentiasa windukan zaman diploma J
-kalau nama korang takde nanti roger k J mungkin diri ini terlupa + terkhayal kot –

jom tgk pic aku dgn senior :)








-sekian entri ini-

 

 

 

 

Tuesday, November 8, 2011

TQ FB






Cuba korang dengar lagu ini J




Okie entri kali ini tak ada kena mengena pun dengan lagu di atas. Just nak cakap terima kasih bangat facebook kerana
  1. Berjaya menghubungkan saya dengan kawan sepermainan saya / tadika
  2. Berjaya menghubungkan saya dengan kawan sekolah rendah saya CPR
  3. Berjaya menghubungkan saya dengan kawan sekolah menengah saya SBU
  4. Berjaya menghubungkan saya dengan kawan diploma saya UITM SEGAMAT
  5. Berjaya merapatkan saya dengan kawan bachelor saya UITM SERI ISKANDAR
  6. Berjaya merapatkan saya dengan family saya (kl, johor, singapore, negeri sembilan)


    Even dekat alam realiti kita semua ni tak lah serapat mana, but dengan FB kita still tahu apa yang berlaku dekat kawan-kawan kita ini. J



    So apa pendapat korang?? Okie aku ada 1 info untuk korang, dulu kan ada virus yang mengacau chat dekat fb kan. Yang cakap Hye..bla3333



    Sekarang ini baik korang tengok friend korang..

    Sebab bila aku check balik, ntah bila ntah aku kawan dgn budak ni.. aku pun pelik. Kesimpulannya, kadang-kadang fb ni bengong cuz tetiba mengkawankan kita dengan mana-mana manusia ntah.. ngeee..

    So jomlah kita meremove kembali kwn-kwn itu J



    -tamat entri ini-

Saturday, November 5, 2011

RESEPI KEK PELANGI


Baiklah kawan-kawan, untuk entri kali ini, aku buat colour-colour sikit sebab nak buat mengenai pelangi kan, eh silap KEK PELANGI.

Apa itu kek pelangi?
=kek yang ada kaler pelangi lah,

Susah tak buat dia?
=paling kacang and simple :P

Macam mana?
Bahan-bahan ( saiz kek 20cm )
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • 2 tsp serbuk koko
  • sedikit pewarna hijau dan merah


    Cara-cara
  1. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan baking powder dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  5. Asingkan kepada 4 bahagian. Biarkan satu bahagian dan tambah pewarna hijau, merah dan serbuk koko kepada 3 bahagian masing-masing.
  6. Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang pembakar berdiameter 20cm yang telah dilenser dengan mentega.
  7. Bakar pada suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 35 minit atau hingga masak.

     
    Ingat lagi masa open house dulu-dulu (masa rajin) mama suruh aku buat. Walaupun luaran dia tak bape lawa, tapi terharu gak lah bila ada orang puji, bahha. (bangga sekejap) J

    Inilah yang aku buat walaupun tak lawa. :P
    tapi dalam dia lawa okie.. huh


    Ini yang aku google (orang pro buat) :P

    jelez jelez
    Nak tahu resipi budak baru belajar yang lain, korang boleh tekan :

    -trimas-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...