About Me

My photo
Malaysia
Don't judge me until you know me. Don't underestimate me until you challenge me. And don't talk about me until you talk to me ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 8, 2011

HOMEMADE DONUT


Donut paling sedap di alam semesta ialah J&CO. Yeah aku 100% sokong and suka. PERFECT! Pandai orang Indonesia buat. weee

Tempat ke-2 aku bagi BIG APPLE. Tahniah Malaysia. Huhuhu.

Tempat ke-3 KRISPY CREAM. Aku sebenarnya tak berapa gemar sebab "manislah donut dia". Teehee.

Apabila duduk rumah & bosan & boring. Aku and the family bercadang untuk membuat DONUT. Mama yang semangat mengambil tugas sebagai penguli tepung. Aku pula ialah pangoreng dan pembentuk donut (walaupun tak bulat bentuknya dan ada yang bentuknya bertukar kepada AUNITE ANNE. Dan adik aku pula ditugaskan sebagai pengdesign and cairkan coklat.

Yezza! Inilah hasil donut kami, maaflah ye kerana pic gegar. Hoho. Walaupun cantik di luar di dalam pun erkk ermm ok ok je. Donut ini hanya boleh tahan 2 hari sahaja kerana kemudian dia akan mengeras isinya.



TIPS= jadi apabila kawan-kawan pergi beli donut petang-petang and dapati bahawa donut yang kawan-kawan beli keras, itu tak lain tak bukan ialah donut semalam lah tu.. hehe.
-TRIMAS-
resepi sebenar=





  1. Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

    • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
    • 1/4 cawan air suam
    • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 sudu kecil garam
    • 2 biji telur
    • 1/3 cawan shortening/butter
    • 5 cawan tepung gandum
    • Minyak untuk menggoreng

    Cara-cara

    1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
    2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
    3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
    4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
    5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
    6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
    7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...