About Me

My photo
Malaysia
Don't judge me until you know me. Don't underestimate me until you challenge me. And don't talk about me until you talk to me ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 28, 2011

CORET RAMADHAN 2011


Wow tajuk entri tak boleh blah. Baiklah, akhirnya bulan ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Korang puasa penuh tak? Aku penuh. Tapi bila JEPUN serang tak leh nak buat apa la kan. Hahaha J

Baiklah aku nak cakap 5 perkara je mengenai ramadhan kali ini. haishoo..
  1. Hari pertama ramadhan aku buka dekat SG. WANG, PAK HAILAM KOPITIAM. Sedap memang sedap. And jangan lupa order and makan pau dia. Pau custard. Sedap wooo. After berbuka sahaja, terus menuju ke BUKIT BINTANG, nampak kapel (umur dalam 17 18 tahun) jalan then bercium depan aku. Aku macam WTF, bulan puasa kot. Public kot. Ko islam kot. Hormatlah orang sekeliling. PFFF.

2.Minggu kedua ramadhan, dalam LRT. Sebelah aku lah kan couple ni. INDON pulak tu. Pendek pulak tu. Dorang boleh tergelak-gelak, tercubit-cubit, pelok-pelok. Aku yang tengah pasang mp5 kuat-kuat ni pun boleh dengar dorang ketawa bajet bahagia tu. Haishooo

3. Aku nampak lah remaja-remaja ni (bajet macam aku bukan remaja pulak :P). Hari sabtu. Masing-masing berpelok, berjalan kalau boleh nak melekat pulak lah kan. Pakaian tak payah cakap, skirt memang pendek habis, jalan peha gegar-gegar. Baju nampak dada yang tak gebu tu. Sedih aku tengok remaja sekarang L

4. Masa dekat food court –gerai makan tingat atas sekali dekat BB- Aku nampak budak-budak ini ambil makanan terus duduk. Meaning, dorang tak bayar ok. Buat penat aje kau keluar bajet nak berbuka dengan kawan-kawan, bajet puasa tapi makanan tak bayar. Huh. Makcik tu dah perasan then dia suruh pekerja dia semua jaga tempat makanan. Hm.. kesian makcik itu rugi.

5. Nak cepat bajet lalu tangga, tak payah nak cakap lah kan. 1 geng budak lelaki tengah hisap rokok. Aku dengan kawan aku buat bodoh jelah kan. Kang tak pasal-pasal kitorang kena pulak kan. Then, hari berikutnya perempuan pulak buat perangai. Pekerja METROJAYA. Tengah makan. Bau tak macam lauk lemak pulakan. Bila nampak aku dengan kawan aku, mula lah tersengih-sengih tersorok-sorok. Kalau difikirkan takkan lah sampai satu group -7orang- period kan- tak logik lah..

Aku bukan nak kata aku ni budak baik kompem masuk syurga bagai. Tapi kalau iya pun nak buat jahat + dajal pilihlah bulan yang lain. Ada jugak orang sembahyang tak tinggal, tapi pergi clubbing. Ada orang minum mabuk bagai, tapi selalu pergi umrah. Ada yang tak sembahyang, tapi bersedekah + berpuasa, ada yang tak puasa tapi pergi tarawih. See!

Kita ini rambut je sama hitam, tapi perangai kita semua lain habis. Mungkin nampak orang ini bertudung labuh tapi itu luaran je, dalaman dia mana tau kan. Macam aku pernah nampak budak sosial habis lah kan. Jalan dengan aweks pelok rokok raba bagai. Tapi bila nampak orang tua minta sedekah, dia hulur. See mulia jugak budak ni sebenarnya.

Aku pun pernah nampak sorang ini muka baik aje. Sopan, peramah. Tapi pic dekat FB hambik. Mandi pool dengan awek dia. Awek dia berbikini habislah. Terus hilang rasa hormat aku dekat dia.

Tengok lagi sekali aku nak cakap, kita semua ini memang berbezalah luar dalam. Juz nak ingatkan dekat korang dan diri aku jugak. Janganlah bangga bila nak buat jahat tu, malu-malulah sikit. Mungkin orang lain tak nampak, tapi ingat, dekat atas itu ada yang tengah memerhati kita.


-sekian-

2 comments:

  1. well said! aku hari tu jumpe perempuan ni slumber je pegi beli nasi ayam dkt ayamas pdhal br pukul 1. yg lelaki pulak pergi kedai runcit be;i roti dgn air kotak. haih

    ReplyDelete
  2. tu la psl..dsyt budak zamna skng ni..hehhe
    slumbr je minum mkn kt public..hohoh

    tetbe jd concern pulak eh..heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...