Assalamualaikum semua! Alhamdulilah ketika diri ini sedang mengupdate blog ini, jasad diri sudah berada di rumah. J
Kalau korang perasan untuk tahun 2012 ini makin jarang aku update blog. Kan kan perasan tak?
Kenapa jarang?
1. Very the busy lah sem ini
2. Rasa macam tak ada masa langsung
3. Lappy problem
4. Running man menyinari hidup aku setiap hari.
PENGENALAN
Okay part 5 bagi student B. ACC or Bachelor in Accountancy ini, mempunyai 6 subject. Iaitu LAW, MAF/CORPORATE FINANCE, IBM/INTERNATIONAL BUSINESS, FAR/FINANCIAL ACCOUNTING, TAXATION AND AIS/APPLICATION INFORMATION SYSTEM and MANDARIN
Apa yang killer?
Okay bagi aku semua killer, tapi the kilerreerrrrr dia based on final ialah MAF, FAR, TAX and AIS.
Harapan??
Hope diri ini lulus semua subject. Amin. And plz lah naik wahai pointer (walaupun sedar diri ini tak belajar kuikui)
ISI
Cukup untuk pengenalan part 5 ini. kalau korang dulu masa part 4 and Mobac pun aku ada buat macam ini jugak kan.. kekeke..
AKTIVITI?
Sem ini banyak aktiviti yang aku tak update lagi. Will be update later okay!
4. Dinner
5. Penang Vacay
Why letak caption pengalaman + kematangan???
Okey ini kerana pada semester ini jugak lah diri ini mengjangkau 22 tahun. Dah besar dah budak seorang ini.. heheh and ada kenangan yang manis. Yang tak manis pong.
Puji diri ini kerana bertambah matang lah sikit.. kuikui and berjaya selesaikan satu task... sekarang dah tak ego lagi.
Selama 22 tahun hidup, akhirnya menangis juga depan parents (even dalam phone). Banyak berkongsi masalah dengan ayah and mama sekarang ini. Rasa macam yup diorang ialah kaunselor terbaik aku!!
Tapi
Tapi
Tapi
Tapi dan tapi...
Mungkin bila dah 22 tahun ni sensitif makin kuat kot!
Aku tulis bukan nak publisiti, bukan mengadu, tapi blog aku ialah diari aku. Aku tulis itu ialah aku. I dont give a damn bebeyh/// and sesiapa yang terasa sorilah. Sebab aku tau aku tak salah and if salah sila bagi bukti and bagitahu apa salah aku????
Pfffff
3
2
1
-aku tak pernah menangis sebab kawan tapi akhirnya....( ˘̶̀• ̯•˘̶́")
Firstly. Aku amat pantang kalau dapat tahu orang cakap pasal aku. Macam mana ek. Kalau kau nak ngumpat aku boley, tapi pastikan yang aku tak tahu. Sebabnya bila aku tahu aku akan annoy kat kau and tak kan tegur kau.
Secondly. Jangan dengar satu pihak sahaja, dengar 2 3 4 mahupun 100 pihak yang lain
Thirdly. Sesiapa yang “kenal” aku akan tahu yang aku ialah seorang kawan yang tak pernah tinggikan suara dekat kawan. Meaning here aku tak akan tinggikan suara aku tegur kau or marah ko or apa-apa yang seumpamanya. Bila aku buat macam itu, maksudnye ada something wrong yang kau dah buat sampai buat aku hilang temper aku.
Fourthly, diri ini bukan senang cakap maaf kalau ianya bukan salah diri ini
Fiftly, kalau ada something wrong aku lebih suka jauhkan diri or tak tegur or tak ambik port. Even masa dip dulu rommate aku ada cakap yang aku memang liat nak tegur orang yang aku dah @#$#@%#$. Tapi rommate saya cakap, even saya n kawan saya dulu tak bertegur. Kitorang berdua tak pernah, sekejap saya ulang balik. Kitorang TAK PERNAH mengumpat or cakap belakang or kutuk antara satu sama lain.
Even bila tak suka or ngajuk, diri ini still ingat berjuta kenangan manis bersama kawan. Even 1 je kenangan pahit = iaitu bergaduh.
Ingat!!!
Saya sayang kawan-kawan sayang :') pergi mampuslah dorang tak sayang saya, yang penting saya sayang my real friend.
Tapi
Kalau awak kawan yang betol boleh di panggil KAWAN , awak tak akan mengata / membongkarkan tentang keburukkan kawan awak sendiri :)
Sama-samalah kita berfikir. Bukan nak kata aku baik. Bukan nak kata aku betul. Mungkin setiap orang ada salah masing-masing.
susah dapat kawan yg baik sekarang ni. kebanyakannya semua hipokrit. depan nampak baik, belakang kita mengutuk.
susah dapat kawan yg baik sekarang ni. kebanyakannya semua hipokrit. depan nampak baik, belakang kita mengutuk.
Sekian
p/s: mencari mood untuk update blog lagi,,,tapi before tu kena buat to do list untuk cuti sem kali ini. J
No comments:
Post a Comment