Yeah at last dapat juga tengok!! Walaupun lambat. Walaupun tension bila adik sibuk bercerita. Hm, tapi takpe, demi janjiku dengan kawan, akhirnya aku dapat juga tengok :P
Wayang kali ini aku dan kawan-kawan aku tonton di SUMMIT. Huhu serius tempat ini kosong tak ada orang pun.. huhuh dalam wayang tu ada kurang dari 20 orang sahaja. Wayang start jam 9.30 sampai 12 malam.
Sebelum pergi menonton, kami singgah ke SELAYANG MALL. Makan cool blog, makan HOT & ROLL then Melor beli barang sikit dekat Watson.
Ok berbalik semula kepada cerita utama. Selepas menonton, kami bertiga (Wan dah dihantar pulang) lepak dekat DANAU. Memang bestlah shopping sakan. Shaira beli brooch, purse, perfume. Melor beli bag, beg duit, tali pinggang, & banyak lagi. Aku beli perfume dengan jersey Harimau MALAYA. Go malaysia! Go malaysia!
Hakhak. Then perut terasa lapar, belilah bubur MCD. Sampai rumah dah nak pukul 3 then tidor pukul 4. Esoknya terima kasih dekat Vee kerana mesej. Kalau tidak sampai ke petang lag terlajaknya :P.
No comments:
Post a Comment