About Me

My photo
Malaysia
Don't judge me until you know me. Don't underestimate me until you challenge me. And don't talk about me until you talk to me ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 3, 2011

PENGALAMAN “BEKERJA”


Cuti 4 bulan telah aku sia-siakan 2 bulan terawal. Bajet bulan yang ketiga nak kerja lah. Aku dengan kawan aku pun apply kerja as "casual worker" dekat JJ memandangkan JCARD MEMBER. Ikut "kontrak", aku dikehendaki kerja pada selasa sampai sabtu. Rabu and khamis ialah JCARD MEMBER.

Pada hari selasa, dengan rambut yang bersanggul, kemeja putih, kasut bertutup, jam 10 pagi aku dan Fatin telah sedia menanti di pintu tempat masuk pekerja. Dengan azam yang baru kononnya, aku, Fatin bersama 8 pekerja yang lain melangkah masuk dan diagihkan tugas.

Aku mula-mula di paskan kepada seorang pakcik ini. Jaga bahagian Stationery. Tetapi, 90 minit pertama dihabiskan di stor. Korang bayangkan, dengan takde kipas apatah lagi aircond, aku kena duduk situ susun semua barang stationery yang lama-lama dekat rak. FUH!!! Baju kemeja basah, muka berpeluh, peluh menitik-nitik.

Nasib 60 minit kemudian dihabiskan dengan ditemani seorang abang yang juga bertugas under stationery department. Rupanya, rumah dekat dengan aku. Hambik!! J hakhak. Ehem ehem( keluar topik pulak :P)

Then pukul 12 aku kembali ke air cond. Waaa lega mak nyah. Ahah. Muka memang minyak habis lah., aku kemudian dikehendaki menampal discount punya tag. Kaki aku memang nak cabut lah.. naya betul.. yang aku pelik. Jaya jusco ni esok nak buat JCARD. Barang last minit sampai kot. Faber castel pukul 3 kot lori sampai. Haiyaa.. management tunggang- langgang. Then pukul 3 till 4 aku and Fatin pergi rehat. Duduk dekat food court bercerita mengenai kesengsaraan masing-masing. L

Pukul 4 masuk balik, nasib department aku baik-baik. Ramai abang-abang yang tolong. CEH WAH. Hahah. Pukul 5.15 barang, price tag, discount tag semua dah setel. Then aku yang sakit kaki terus cabut lari ke department FATIN. Aku duduk situ sampai pukul 7 kot. Pukul 6 Anisa masuk shift datang lepak dengan kitorang.

Then, aku and Fatin terus lari dari JJ. Cukuplah pengalaman dasyat. TAK NAK kerja JJ lagi. TITIK!!!


-end-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...