Tolong selamatkan Malaysia dari orang politik yang merepek-repek ini!! |
Assalamualaikum, kali ini entri ini aku akan menggunakan kata formal sikit. Ceh wah.
Ramai yang tanya apa itu bersih?
Apa jadi kat KL sekarang ini?
Teruk ke?
-aku pula macam, tak lah sampai bunuh-bunuh tapi benda ini seriusly menyusahkan orang, semak and macam siot je-
Ceritanya mula begini, hari SABTU pukul 11 aku nak g BB then sampai LRT pandan jaya, aku pelik kenapa dekat LRT bayak budak lepak (lebih-lebih lagi remaja), then nak touch n go je (nasib belum lagi), aku ternampak notis
"STESYEN HANG TUAH DITUTUP"
Owh baru aku faham, then aku tanya pakcik tu betul ke? Dia pun mengiyakan. Muka aku and muka bebudak yang lain hampa. Bajet nak g TS BB lah bebudak tu. Hahah.
Tamat cerita aku, sekaran pasal BERSIH pulak ye.
Apa itu bersih? Kenapa bersih haram? Kenapa bersih berhimpun?
Rupa-rupanya walaupun BERSIH 2.0 ini tersangatlah popular, rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu apa itu bersih 2.0. Jutaan terima kasih kepada media yang sentiasa bekerja keras untuk mempromosikan BERSIH 2.O.
Bersih dalam segi bahasa bermaksud kesucian dari segala jenis kekotoran dan pencemaran. Bersih juga merupakan bahagian daripada iman. Dan bersih juga satu amalan yang mulia.
Tetapi kenapa BERSIH haram?
Perkataan Bersih menjadi kontoversi dan perkataan itu haram dicetak pada baju atau dibuat poster bila 10 Oktober 2007 yang lalu telah berlakunya perhimpunan aman yang mencecah angka ratusan ribu rakyat yang berkumpul dan berarak secara aman untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama . Mereka berhimpun demi menuntut pilihanraya yang bersih lagi adil. Perhimpunan bersih 2007 itu telah menyebabkan UMNO hilang 5 buah negeri oleh pembangkang walaupun tuntutan rakyat supaya dakwat kekal digunakan kepada pengundi telah dibatalkan penggunaanya disaat-saat akhir. Namun, dengan pilihanraya yang bersih dan telus, pembangkan berjaya mendapatkan 5 negeri untuk ditadbirkan oleh Pakatan rakyat.
Maka tahun ini, sebelum menjelang pilihanraya, bersih kembali lagi dengan nama BERSIH 2.0 yang masih sama tuntutanya iaitu;
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Tuntutan ini adalah kesinambungan Bersih pertama yang dibuat menjelang pilihan raya ke 12 lalu.sumber
TSD OPINION : 8 tuntutan yang dikemukakan di dalam memorandum BERSIH 2.0 adalah sesuatu yang murni untuk diperkatakan.Tetapi adakah dengan mencampur aduk dengan demonstrasi secara aman di jalan raya akan membuatkan semua tuntutan itu dilaksanakan?
Perkataan bersih dan warna KUNING yang merupakan warna tema BERSIH dan BERSIH 2.0 telah menjadi satu ancaman kepada negara. Rakyat yang memakai baju kuning dan tertera perkataan BERSIH merupakan satu kesalah di negara ini.
Masih ramai yang tertanya-tanya kenapa bersih 2.0 haram, ini kerana, jika dilihat pada tuntutannya, tuntutan bersih adalah munasabah sebagai rakyat dan menuntut pilihanraya yang bersih dan telus bukan semata-mata untuk mana-mana parti, tetapi untuk kesemua rakyat di negara ini.
pic ini di ambil pada sabtu, 9julai 2011
ANWAR ??? |
PAK ALIM PUN SIBUK JOIN.. ADOYY |
????? PERLU KE BER "SHIT" |
KECIAN POLIS KENA BERTUGAS |
SUKANYA KENA SEMBUR AIR |
DAH TUA NAK MENYIBUK, PADAN MUKA |
ORANG MALAYSIA KE NI?? |
KAN DAH KENA |
MCM PENGAMBARAN FILEM PULAK |
KESIAN KENA SEMBUR |
PATRIOT PATRIOTIK KE? |
KESIAN DIGI :p KESIMPULANNYA, AKU TAK SOKONG MANA-MANA PUN. BIARLAH YANG TERBAIK MENANG. AND SAMA-SAMALAH KITA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN MALAYSIA. AMIN -TAMAT- |
No comments:
Post a Comment