"Penghentian seterusnya, sentul timur. Your next stesyen, sentul timur".
Bahahha, kalau tanya pasal sentul timur, orang akan lebih familiar dengan merujuk tempat ini kepada penghujung landasan LRT.
Baiklah kerana kini aku masih "cuti" semester, kali ini diri ini yang rajin ini telah dijemput untuk menghadiri perkahwinan. Ye betul, kawan aku, SHAIRA punya abang yang kahwin. Oleh kerana diri ini telah dijemput (siap dapat kad lagi), dan oleh kerana diri ini selalu ulang-alik dengan Shaira dan oleh kerana diri ini pernah menumpang abang Shaira untuk pulang ke KL, maka keputusannya yang sewajarnya telah aku ambil. Yup, aku pun pergi.
Tepat pukul 12, HAMIZAH jemput aku depan rumah lalu kami dengan semangat berkobarnya terus menuju ke dewan Sentul Timur. 12.30 dah sampai. Akan tetapi, pada hari ahad, kuil berhadapan dengan dewan akan melakukan atau meraikan sesutau "perayaan". Maka setiap jalan ditutup. (dah macam suasana THAIPUSAM dah, serius!)
1.15 akhirnya kami berjaya mencari parking dan menuju ke dewan. Tetiba terserempah dengan cik AZZA and ehemnya. Maka kami pun bersaing ke dewan bersama-sama. Majlis ini ibarat reunion kecil-kecilan pula. Aku jumpa tira, diya, seha, fad, shaira. Huuhuh.
Aku suka marsh potato and kambing dekat majlis perkahwinan Shaira. Eh, abang shaira maksud aku. Huhuh.
-tamat-
No comments:
Post a Comment