About Me

My photo
Malaysia
Don't judge me until you know me. Don't underestimate me until you challenge me. And don't talk about me until you talk to me ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 24, 2011

HOMEMADE PIZZA


Yes. Kawan-kawan sekalian. Mari kita semua buat pizza. Walaupun tak sesedap Pizza Hut and Domino's. Ngeee.

Pada hari birthday aku yang lalu, mama bercadang untuk membuat@ memasak makanan kegemaranku iaitu pizza & spageti. Mama kata alang-alang dah ada kuah spagety why not buat kuah itu as pizza punya toping. Hahah. Then, aku dengan adik pun menolong mama.

Simple sahaja nak buat pizza ni.

  1. Belilah kulit pizza di kedai. J
  2. Then, sapukan planta di atas kulit pizza. J
  3. Kemudian, buatlah topping pizza seperti yang anda inginkan.
  4. Jangan lupa taburkan cheese..yummy.
Bahan-bahan AKU    : kulit pizza, tomato, daging cincang, sosej, sos tomato, sos cili

*lagi senang guna cara aku. J


kita sapu kita sapu

sapu rata sapu rata

owh mee spgty

kita design kita design

perot lapar perot lapar

kita bakar kita bakar :P

Dan ini merupakan resipi sebenar untuk membuat pizza. Selamat mencuba!!

Bahan Doh Pizza :
280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera

 
Bahan-bahan topping :
Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella
* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

 
Cara-cara membuat pizza :
    
1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.

Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut :
Sos Pizza
1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa


Cara membuat sos:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat

TAMAT ENTRI INI

 

2 comments:

  1. Hye .. kalau kita tunjuk cara buat pizza ala bujang kat sini boleh ? Ia dipanggil Paratha Pizza Kebab

    Selamat menjamu selera ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...