Kalau korang pergi penjara pudu sekarang, sudah 65% dah diroboh. Hihi. Meh kita baca sejarah penjara pudu dulu yek.
>>>
Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.
Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.
Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.
Ingat lagi beli kerajaan nak robohkan penjara ini, ramai yang membantah. Tetapi ada juga yang menyokong. Haish.
Yang menyongkong kata "robohkan aje, buat semak pemandangan je. Lokasi tu tengah KL. Mahal, segi tiga emas lah katakan. Kita roboh kita bina something yang lebih 'valuable' dekat situ".
Jadi sekarang kalau kita nak sokong or bantah pun dah tak boleh buat apa-apa pun ye. Dah diroboh dah J apa yang nak dibuat di situ. Macam-macam diri ini dengar. Nak buat bangunan ofis lah, nak buat mall lah, nak buat jalan lah, nak buat jalan bawah tanah lah, nak buat hotel lah,,
Yang pasti tempat tu mesti scary. Yelah dah berapa ramai puluh/ratus/ribu orang yang mati dekat tempat itu. Haish.
-TRIMAS-
No comments:
Post a Comment