Kenapa entri kali ini nama wedding hijau?
"ini adalah kerana, wedding ini bertemakan colour hijau yang hiasannya memukau aku dan membuatkan secara tidak langsung aku suka warna hijau dan memberi aku idea untuk wedding aku nanti". -10 markah diberi K
Okie pada cuti sekolah baru-baru ini, kazen ku belah ayah aku telah melangsungkan perkahwinan,,,,kejap ayat macam pelik. Urm, kazen aku telah mengadakan majlis perkahwinan. Haaaa much better! Hihih.
Majlis perkahwinan diadakan pada hari Sabtu dan aku serta keluarga telah berada di kampung pada hari Khamis. Sesungguhnya banyak kerja yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan majlis ini. J
KHAMIS-Sementara menunggu khemah tiba untuk dipasang, ayah aku dan sepupu aku yang lain-lain menyapu halaman kampung dan membakar sampah-sarap. Aku? Hihi aku menyapu tingkat atas serta tangga kampung dan sepupu aku mengemop lantai dan tangga.
Khemah akhirnya tiba, total 8 buah khemah dan mengambil masa 2 jam untuk mendirikan khemah.
Dekna ialah nama beruk di kampung aku. Umurnya sekarang tak silap aku sudah 6 tahun. Pakcik aku bela dari dia kecil sampai dia besar macam ni, hihih. Okie kali ini aku ingin menunjukan gambar rumah baru Dekna. Tadaaaaaaaaaaa
before |
after... |
Okie pada malam khamis, aktiviti mengepack door gift telah diadakan. Tidak seperti wedding sebelumnya yang menyediakan telor sebagai door gift, wedding kali ini menyediakan keropok bawang+muffin+pudding sebagai door gift. Dan kanak-kanak pula mendapat belon air dan gula-gula.
Akhirnya 1000++ kerepek berjaya di pack. J
JUMAATPada pagi ini, kami semua diminta bangun pagi untuk menyiapkan apa yang belum disiap. Ini adalah kerana pada jumaat malam akan diadakan tahlil bagi atuk aku yang telah meninggal dunia. Tahlil 100 hari. Hm.. jadi untuk pertama kali dalam sejarah, aku ditugaskan mengopek udang. Serius. Setelah diberi tunjuk ajar oleh makcik aku dan kazen aku. Akhirnya berjaya juga aku mengopek udang.
Kemudian aku menghabiskan hari-hari ini bersama "anak buah" aku. Hihi budak kecil ini baru 1 tahun tapi seriously best layan dia sebab dia layan semua orang dan faham apa yang kita cakap. Ngeee.
Malam tahlil, lagi sekali aku ditugaskan untuk mengepack door gift berikutan muffin baru sampai. So, terpaksa edit balik door gift yang sebelum ini.
Tepat 12 malam kebanyakan orang sudah masuk tidur. Tetapi aku dan adik aku menyiapkan door gift untuk VIP. Special gitu. Kemudian, kami menolong Makcik aku memasukkan telur ke "sarungnya". Dan akhirnya pukul 2 pagi aku dan adik pun tidor.
masukakn telur |
lilit telur |
Majlis pernikahan akan diadakan pada pukul 10 pagi. Jadi kami semua diminta bangun pada pukul 7 pagi. Cuaca mendung + berangin +sejuk +hujan membuatkan kami semua liat untuk bangun. Selesai mandi lebih kurang pukul 8 lebih, aku menolong untuk mengpacking pulut untuk orang datang. Banyak juga ye pulut.
Setelah berjaya, kami semua bersiap memandangkan orang catering sudah mula memasak, keluarga terdekat sudah mula datang dan mejlis pernikahan akan bermula. Dan langit sudah kembali cerah J
Okie jom kita tengok gambar pula yeeee...
Aku ingin mengucapkan selamat mendirikan rumah tangga kepada kazen aku, hope berkekalan sehingga anak cucu. Amin
-tamat entri ini-
No comments:
Post a Comment