About Me

My photo
Malaysia
Don't judge me until you know me. Don't underestimate me until you challenge me. And don't talk about me until you talk to me ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 16, 2011

PETROSAINS



Aku suka layan budak kecik. Aku rasa dorang macam comel sangat. Mungkin bila jarang jumpa, terbitlah rasa rindu yang membuak-buak (ceh wah). Tapi bila dah depan mata, hambik kau, rasa nyampah pun ada. Haha. Itulah lumrah. J

Pada suatu hari, aku dan adik aku bercadang untuk membawa kazen kecilku ke Petrosains, KLCC. Ini adalah kerana dulu aku pernah berjanji dengan dorang. Heheh. Jadi oleh kerana tiada kenderaan dan orang di rumah, aku dengan lagak dewasanya mengambil inisiatif menelefon cab. Aku, Farhad (3 tahun), dan adik duduk di belakang manakala Kashfi (5 tahun) duduk bersebelahan dengan driver teksi. Hihihi.

Akhirnya, sampai juga ke destinasi yang dituju;;
  • Penat juga melayan budak-budak ini.
  • Dalam petrosains rasa diri ini miskin sangat kerana tidak mempunyai syiling yang mencukupi untuk membeli makanan untuk budak kecik ini. Diri ini hanya mempunyai RM1.40 sahaja dan hanya boleh membeli 2 Apollo cake.
  • Nasib baik aku dan adik membawa air mineral dari rumah.
  • Apabila keluar dengan budak kecil disarankan membawa air mineral, tisu, napkin, pampers, dn baju spare. Manalah tahu kan. Anything can happens okie...
Setelah berada selama 3 jam di dalam, kami akhirnya menuju ke food court untuk mengisi perut yang sudah kelaparan ini. makanan yang paling sesuai untuk dimakan bersama budak-budak kecik ini ialah nasi ayam.

Kadang-kadang si abang buat perangai, kadang-kadang si adik buat perangai. Memang kenalah dengan aku kan. Baru tahu garang ke tak aku ni.. N






















-Oklah tamat entri kali ini-
A

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...