Pada jumaat yang lepas, 19 November, family JB aku yang memang tersedia di rumah aku (baru balik dari Hong Kong) bercadang untuk ke Bukit Tinggi. Ambil angin kata mereka. Kononya ia bertujuan untuk mengubat hati aku yang luka lara kerana tidak dapt ikut ke Hong Kong. TOINK TOINK TOINK. -_-.
Aku bangun pukul 7 pagi , awal sebab aku kena ikut kereta ibu untuk menghantar si Afiq ke Unisel untuk pendaftaran. Seriously sampai dekat Unisel around dalam pukul 10 pagi dan bertolak ke Bukit Tinggi dalam pukul 4. Fuh! Lama giler wei!
Hari itu UNISEL ada convo.
Sewaktu Afiq pergi berjumpa dengan lect dia, aku dan kakak sepupu aku, Shahi masuk 1 bangunan ini dan pretend as a UNISEL student.
Hohoh amat kelakar wei. Serious smart. Selepas itu, kami ke fakulti Afiq. Ibu dan ayah Joe sedang duduk minum di cafeteria dan aku serta Shahi mencari port beraircond. Hahha then kami pun masuk ke pejabat pendaftaran pelajar baru. Dalam itu ramai student baru tengah beratur, aku dan Shahi duduk di sofa belakang yang disediakan.
Apa yang kelakarnya, si pekerja di situ macam tak puas hati dengan kita orang. Asyik-asyik pandang. Lastly dia jerit
"semua pelajar sila masuk ke dewan biru sekarang juga!".
Semua orang dah bergerak. Kami still maintain duduk. Dia yang tak puas hati lagi sekali mengulangi arahan tadi sambil matanya tertancap dekat kita orang. (sori, BM aku jadi pelik pula). Kita orang pun akhirnya terpaksa keluar dan ikutlah ke dewan biru dan akhirnya berjaya meloloskan diri. (memboloskan).Aku amat bangga sekali kerana dianggap sebagai budak baru, meaning aku nampak muda. Hahah. Tapi apa-apa pun cousin aku lagi bangga. Kononnya dia yang 24 tahun nampak macam 18. Huh :P.
|
cafeteria
|
Semua setel kami bertolak ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan sebelum terowong lagi dah jem. Hm, ramai juga yang mahu ke Genting. Rupa-rupanya di depan ada kemalangan. Lori atau pun trailer terbabas dan termakan jalan. Itu yang jem. I mean jam #$@#! Sesak.
Sampai tempat yang dituju akhirnya. Mama bawa kereta, Ayah pula bawa kereta makcik aku kerana dia tidak sihat. (kereta ayah x servis lagi) Apa yang aku salute ialah ayah bawa kereta manual!. 10 tahun yang lalu kali terakhir ayah bawa manual (itupun try-try kereta auntie aku) dan kini ayah try bawa manual dan hm boleh tahan hebatnya. Haha.
|
BUKIT TINGGI, PAHANG |
|
ATUK SEDARA + SWAN PUTIH |
|
SWAN HITAM |
|
KENAPA MULUT FARHAD MACAM ITU? MAMA YANG TERINGIN MEMGANG SWAN. AYAH DAN TOKCHU TERSENYUM. SHARMINE YANG MENGEPOSEKAN DIRI. :p |
|
BAJET DEKAT PERANCIS LAH KONONYA..LOL |
|
MUKA HAPPY |
|
BEREHAT SAMBIL MINUM PETANG |
|
KERETA MERAH ( sebenarnya tandu kan? aku pun x sure lah) |
|
AYAH KU GEDIKS;;:p |
|
KENPA AKU MACAM NI? HEH! |
|
KEK BURGER DAN CHOCOLATE. RM120 FOR EACH.. |
|
CAKE CARROT RM10 PER SLICE. (X SEDAP, AKU PREFER SECRET) |
|
DONUT RM10..(BOLEHLA TAPI KALAU TAMBAH LAGI RM10 DAPAT 12 KETUL J&CO PUNYA DONUT -_-) |
|
MUKA KENYANG |
|
LA BOULANGERIE ( HOW TO PRONOUNCED IT?) |
|
WHERE THE WORKERS?? |
No comments:
Post a Comment