Saturday, February 28, 2009
Pernikahan rahsia Titi Kamal
BERITA mengenai pernikahan antara pasangan selebriti Christian Sugiono dan Titi Kamal yang hangat diperkatakan sebelum ini bukannya khabar angin semata-mata.
Baru-baru ini, Christian telah mengakui kepada wartawan Indonesia bahawa dirinya sudah bernikah dengan Titi di Australia pada 6 Februari lalu.
Akuinya, pernikahan itu hanya dihadiri oleh 22 orang termasuk keluarga dan rakan terdekat.
"Memang kami telah melangsungkan majlis pernikahan pada 6 Februari lalu. Kami berada di sana selama empat hari dan mereka yang hadir adalah keluarga serta rakan rapat.
"Sebelum ini, kami sudah memberitahu keluarga kami mengenai berita ini. Jadi kami bukannya bernikah secara bersembunyi," ujar Christian di samping Titi Kamal di Brew & Co Cilandak Town Square.
Sungguhpun membuat pengakuan perkahwinan, pasangan ini enggan bercerita lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka.
Kata Titi: "Biarlah kami sahaja yang tahu mengenai perkahwinan ini. Apa yang penting kami sudah bernikah secara sah yang disaksikan oleh keluarga kedua-dua pihak."
Christian juga enggan memberitahu mengenai jumlah mas kahwin yang diberikan kepada Titi. "Apa yang pasti jumlahnya agak besar. Sementara itu, isu cincin pula diuruskan oleh Titi sendiri," kata lelaki kacukan Jerman itu.
Sejak setahun lalu, mereka telah mula membuat persiapan perkahwinan. Pasangan ini juga memberitahu ada sebabnya mengapa mereka memilih bulan Februari sebagai hari bahagia.
"10 tahun lalu pada bulan Februari, saya bertemu dengan Titi buat kali pertama. Tetapi saya tidak mengingati tarikhnya. Jadi kami ingin mengingati saat itu dengan memilih bulan ini," tambah Christian.
Mengenai pemilihan lokasi pernikahan, jelas Titi, Australia adalah lokasi yang tepat untuk saat itu. "Pada mulanya kami ingin bernikah di Mesir tetapi tidak kesampaian kerana perang.
btw- dia orang berdua ni juga pernah digandingkan dalam movie "tipu kanan tipu kiri". Comel sangat.
Tipu Kanan Tipu Kiri (English: 100 Lies To Hide A Wife) digital film from Malaysia, directed by Chennai-based journalist Sharad Sharan. The film, about a group of friends at the crossroads of life, features a set of new actors including Natasha Hudson, Sazzy Falak and Hans Isaac with noted Bollywood actor, Madhavan in a guest appearance.
Rudy (Christian Sugino) who is married to superstar celebrity Wulan (Titi Kamal), must keep the marriage a secret because of a clause in Wulan’s contract stating that she can’t get married. He then gets a job in a company (why and what company isn’t really explained) and accidentally lets it slip that he is married. When his boss (Hans Isaac) wants to meet his wife, all the trouble starts. He hires a woman (Natasha Hudson) to play his pretend wife and things slowly get out of hand.
Dalam movie ni aku suka sgt lagunya. Korang pergilah download kat 4shared. Tekan music then taip "tipu kanan tipu kiri". Kalau x silap aku ada 2 lagu je. Kowang download lah. Enjoy k!
Di atas ini merupakan sedutan tarian untuk lagu bagi filem ini. Ok Ok. Aku faham, x payah lah nak berterima kasih dekat aku k, aku buat ikhlas ini. hahah
"makasih ya buat peminat-peminat kami di Malaysia. Teruskan menyokong kami ok! sukses!" (direka oleh aku) |
No comments:
Post a Comment