Rambut adalah mahkota wanita. Penting tu rambut sebenarnya, cuba kowang bayangkan, muda-muda lagi rambut korang dah bercabang + botak + gugur + uban =rosak. Sedih tu.:(
Nak rawat memang dah payah la, tu kata pepatah melayu cakap "mencegah lebih baik dari merawat". 100% setuju. Yeah.
- Rebonding (musuh utamaku)
- Perm (belum cuba lagi J)
- Highlight + colour ( tapi cantik..hm.)
- Pemakanan (tetiba rasa ini penting lak)
- Kesihatan (mana tau ada penyakit kan? Macam-macam kaedah telah ku cuba, contohnya
- Treatment
- Steam
- Minyak rambut (salon or dari sg.wang= perisa grapes sedap!!)
- Ubat rambut (loreal gitu)=result= still the same.huh
Kesimpulannya, janganlah menyiksa rambut korang tu, bagilah dia rehat. Yang dah bercabang tu, potong hujungnya. Yang dah beruban tu, colour lah balik rambut tu, yang gugur pula =takpe yun nam ada. Huhuh.Pendapat aku yang lain pula, pakailah syampo yang sesuai dengan rambut korang, jangan ikut jenama je..
Macam aku, aku x boleh pakai pantene-terus gugur rambut aku. Rejoice dengan head & shoulder pun x boleh- kuat sangat.
Produk yang bersesuian untuk rambut aku dari aku kecil sampai besar, aku hanya setia dan guna
- Baby johnsons
- Dove
- Dan sekarang herbal essences (ntah betul ke tak ni aku eja?)Kesimpulannya, sayangilah rambut anda sebelum terlambat. Jangan risau untuk bazirkan duit demi dapatkan rambut cantik. Sumpah x rugi!
Sebelum aku mengakhiri entri buat kali ini. Juz nak bagi petua-petua kepada anak cucu sekalian yek!
Nak dapatkan rambut panjang, sentiasalah basahkan atau basuh rambut anda setiap hari. Lepas itu, sentiasa ikat rambut pun akan mengalakkan tumbesaran rambut. And lagi satu..berak pun membuatkan rambut panjang. Okie tamat di sini. –trimas-
p/s:bangga kerana tumbesaran rambut saya ialah 2 jengkal untuk satu tahun.. horeay!
No comments:
Post a Comment