About Me

My photo
Malaysia
Don't judge me until you know me. Don't underestimate me until you challenge me. And don't talk about me until you talk to me ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 16, 2010

PASAR PUDU


Al-kisahnya bermula begini, pada suatu pagi yang hening, iaitu pagi tadi, dalam jam 7 pagi aku telah dikejut oleh ayah aku. Sebabnya adalah ayahku meminta aku menemani mama ke pasar pudu. Euw, pertama kali dalam hidup aku ke pasar pudu. SUMPAH! Huh, sebelum ini selalunya ayah pergi dengan mama atau pun mama pergi dengan Sharmine (tu pun selepas aku membuat perjanjian kata sepakat dengan Sharmine). Memandangakan ayah aku kerja hari ini dan adik aku sekarang tengah bersenang lenang kat Hong Kong (benci seribu kali), aku sebagai anak tunggal keluarga haruslah menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak. (poyos punya anak).

Sampai sana tak payah cakaplah, jalan jem + banyak kereta + bau hanyir ikan dah menusuk hidung aku. Muka aku masa tu memang tak boleh belah lah, terberot semacam. Aku betul-betul rasa loya dan nak muntah. Dah lah lecak. Orang jual ayam dan daging tu pula sengaja-sengaja mercikkan air ayam daging kat aku. Euw, jijik dowh. Mama dah bengang dengan aku terus cakap "dah lain kali jangan ikut lah". Fuh! Aku ulang-alik ke kereta 4 kali untuk menghantar barang. Mana taknya dulu beli barang untuk 4 orang nye makan, sekarang beli untuk macam 40 orang nye makan. Pusingan ke 4 aku memang dah tak larat, terus lepak dalam kereta, buka air-cond, buka radio kuat-kuat.
gambar hiasan
Tujuan aku menceritakan peristiwa di pasar pudu ni bukannya apa..juz nak cakap yang abang jual udang tu sumpah hensem. Serious! Haihs, kenapalah orang yang hensem selalu x berbakti or berkerjaya or berguna (ayat dah merapik). Takpelah, begitulah sedikit sebanyak pengalaman ku ke tempat yang bernama pasar. –trimas.-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...